PELAKSANAAN


Perlaksanaan ini bermula dengan perkongsian maklumat dan sesi sumbangsaran dalam unit pada 29 Januari 2019 di Bilik Perbincangan Pensyarah Aras 2, Kolej Matrikulasi Selangor. Perbincangan ini dihadiri semua pensyarah Unit Pengajian Am, KMS.








PELAKSANAAN KEPADA PELAJAR

Tempoh : Sepanjang semester

Sasaran pelajar : Pelajar yang menghadapi kesukaran untuk membuat pengucapan awam di depan kelas dan juga sewaktu temu duga


1.   LANGKAH 3V PERTAMA

Sesi pensyarah bersama pelajar yang disasarkan bagi langkah 3V pertama. Pelajar diminta bercerita berpandukan gambar yang diberi berdasarkan kepada pengetahuan yang sedia ada.






2.   LANGKAH 3V KEDUA (2)

Pelajar yang sama diberikan gambar yang berkaitan dan mereka mula merangka isi menggunakan peta minda I-think model Bubble Map. Kemudian pelajar akan membuat penceritaan secara lisan berdasarkan gambar dan peta minda mereka. Penzahiran semula isi-isi yang dirangka secara pengucapan awam spontan, membantu mereka berlatih meningkatkan keupayaan mereka berucap di  depan khalayak umum secara impromptu.








3.   LANGKAH 3V KETIGA (3)


Pelajar membuat penceritaan lisan berpandukan gambar dengan menggunakan aktiviti pembelajaran Abad ke 21 iaitu Chunking. Pada ketika ini pelajar berupaya merangka isi di dalam pemikiran mereka dan menggabungkan isi-isi tersebut dalam ayat yang dituturkan secara lisan. Walaupun mereka masih lagi tergagap-gagap sewaktu dalam latihan ini, tetapi perkembangan dalam pengucapan awam secara impromptu dapat diperlihatkan.




No comments:

Post a Comment