LATAR BELAKANG



Bermula Mei 2018 iaitu bermulanya pengajian pelajar Program Matrikulasi KPM semester 1 Sesi 2018/2019, kursus Kemahiran Dinamika telah bertukar wajah kepada Kursus Pengajian Am Matrikulasi. Dalam spesifikasi Kursus Pengajian Matrikulasi, komponen komunikasi masih dikekalkan dan meletakkan elemen temu duga dan pengucapan awam sebagai topik utama di dalamnya.

Hasil pemerhatian sewaktu melaksanakan taksiran CLO 1 iaitu temu duga, terdapat pelajar yang mengalami kesukaran untuk menjawab soalan-soalan temu duga dengan baik. Hal ini menimbulkan kegusaran kepada kami kerana kelemahan pelajar sewaktu menghadiri temu duga akan menjejaskan peluang mereka dalam menceburi bidang pekerjaan pada masa akan datang.


Dalam satu sesi perbincangan semula (refleksi) dengan pelajar-pelajar tersebut, mereka menyatakan bahawa mereka,
  1. mempunyai kesukaran untuk bercakap secara spontan,
  2. mereka gagal untuk menterjemahkan idea-idea mereka kepada bentuk lisan dan,
  3. mereka tidak mempunyai keyakinan untuk berinteraksi.
Berdasarkan dapatan refleksi tersebut, pelajar ini perlu dibantu untuk mengatasi masalah mereka melalui meningkatkan keupayaan mereka dalam pengucapan awam. Teknik yang boleh memberikan kesan yang baik ialah melatih mereka untuk membuat pengucapan awam secara impromptu.



KELEBIHAN IMPROMPTU
  • Dilakukan secara spontan. Keadaan seumpama inilah yang akan berlaku semasa sesi temu duga.
  • Berupaya meningkatkan kemahiran lisan seperti memberi ulasan, pendapat dan pandangan.
  • Ucapan dapat dilakukan secara mudah, ringkas, lebih ikhlas dan tidak perlu persediaan yang rapi dan meningkat kesediaan berinteraksi dalam pelbagai situasi.



No comments:

Post a Comment