ABSTRAK
TEKNIK
3V BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM
PELAJAR
SECARA IMPROMPTU
PENGENALAN
Tajuk Pengucapan Awam merupakan salah satu tajuk yang terkandung dalam Komponen Kemahiran Komunikasi dalam Kursus Pengajian Am Matrikulasi, Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk ini diberikan penekanan dalam kursus ini bagi memenuhi Hasil Pembelajaran Program (PEO) yang disasarkan iaitu PEO2: Berkebolehan untuk berkomunikasi dengan mahir dan berkolaborasi secara berkesan dalam kerja berkumpulan untuk bersaing dalam persekitaran pendidikan tinggi. Hasil pembelajaran ini akan diuji dalam taksiran kursus ini melalui CLO1: Berupaya mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan yakin dan berkesan (PEO2, PLO3, MQF LOD5, A2, CS3).

PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan pemerhatian dan dapatan semasa sesi pengajaran, pelajar tidak mempunyai kemahiran, tidak berkeyakinan dan tidak berpengetahuan dalam melakukan pengucapan awam. Kesannya bukan sahaja pelajar tidak berupaya membuat pengucapan awam dengan baik tetapi juga memberi kesan secara langsung dalam markah pentaksiran Penilaian Berterusan, cara berkomunikasi dan penglibatan pelajar semasa di dalam kelas.
i. Berkemahiran
untuk komunikasi secara berkesan dan spontan
ii. Berupaya
untuk menjana idea dengan cepat dan tepat dalam interaksi
iii. Berkeyakinan
tinggi sewaktu berkomunikasi
iv. Memberi
kesan langsung kepada keupayaan pelajar dalam temu duga
PENYELESAIAN DENGAN INOVASI
Sehubungan itu, kumpulan kami membina dan mengaplikasikan Teknik 3V ini bagi melatih pelajar menguasai pengucapan awam secara impromptu. Teknik 3V yang menggunakan kaedah visual berasaskan 3 tingkat aras kesukaran Taksonomi Bloom serta digabungkan dengan aktiviti Pembelajaran Abad ke-21, diharap dapat memberi kesan nyata kepada pelajar menguasai pengucapan awam secara impromptu dan temu duga.
No comments:
Post a Comment