IMPAK


Bagi melihat impak dan keberkesanan Teknik 3V ini dalam melatih pelajar yang bermasalah menguasai pengucapan awam secara impromptu, 2 cara telah di gunakan iaitu melalui borang soal selidik dan yang kedua amali di dalam kelas.






Soalan
% Sangat setuju
% Setuju
% Tidak pasti
1
Saya amat berpuashati dengan pendekatan yang diberi oleh pensyarah
100.00%
-
-
2
Saya berasa  kaedah Teknik 3V ini dapat membantu saya dalam berkomunikasi
77 %
23 %
-
3
Saya mampu mengurangkan gugup saya dan membantu saya membina ayat dengan lebih baik
34 %
66 %
-
4
Kaedah ini dapat membantu saya sewaktu membuat pengucapan awam dan yakin sewaktu dalam temuduga
54 %
46 %
-


Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar berminat dan selesa dengan menggunakan Teknik 3V bagi memperbaiki kelemahan mereka dalam pengucapan awam secara impromptu. Selain itu pelajar juga berpendapat Teknik 3V ini berupaya membantu mereka dalam berkomunikasi di depan kelas. Teknik ini juga dapat membantu mereka mengurangkan kegugupan dan berupaya memperbaiki keupayaan mereka membina ayat bagi bertutur sewaktu membuat pengucapan awam secara spontan. Yang lebih utama pelajar berkeyakinan bahawa teknik ini dapat memperkasakan keupayaan mereka membuat pengucapan awam dan kesan secara langsungnya sewaktu menjawab soalan-soalan temu duga dengan baik.




No comments:

Post a Comment