Wednesday, February 13, 2019

Kami berinovasi lagi...



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


dan Selamat Sejahtera kepada rakan-rakan pendidik sekalian,


Setelah kumpulan kami dapat menyempurnakan blog 'PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF MENGGUNAKAN REALITI MAYA' pada tahun 2017, sekali lagi kami menjalankan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan tajuk 'TEKNIK 3V DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM PELAJAR SECARA IMPROMPTU'.

Usaha yang berterusan dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran insaniah dan kenegaraan menjadi iltizam berterusan kami. Semoga niat baik kami akan mendapat keberkatan dan berhasil.

Kemunculan kami kali ini dalam keadaan yang sedikit berbeza berbanding yang lepas kerana keahlian kumpulan ini tinggal 2 orang, yang sebelum ini dianggotai seramai 4 orang. Biarpun begitu, keadaan ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus berinovasi...



KAMAL ARIFFIN BIN BIDIN
(Ketua Kumpulan)



VIRAWATY BT YUNUS
(Ahli Kumpulan merangkap Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi KMS)


18 FEBRUARI 2019